Seks sebagai Simbol Perubahan Politik Malaysia….

Suhu politik di malaysia kelihatannya panas. Orang melayu malaysia yang dulunya jarang demo, kok tiba-tiba ‘jadi ganas’ seperti di Jakarta.

Perubahan iklim ‘semasa’ ini, bagi saya merupakan awal dari kebangkitan demokrasi malaysia,yang sememangnya harus berani dilakon. Permulaan ini harus di awali secara baik, jangan sampai menghancurkan kejayaan malaysia.

Sebagai pemerhati, saya kok tiba-tiba trenyuh melihat perubahan politik dalam negeri malaysia yang diawali dengan simbol seks. Menuding Anwar Ibrahim sebagai pria gaek ‘penyodomi’, bagi saya adalah kekerasan politik.

Wacana yang terungkap di media, walaubagaimanapun telah merusak peradaban Malaysia yang terkenal santun dan agamais.Skenario politik ‘syahwat’ jangan diumbar, harus dibuang jauh-jauh.

Pejabat yang bersiteru, sebagai suri tauladan, Anda sudah saatnya memberikan contoh yang baik terhadap rakyat. Voice of democracy in Malaysia harus tampil molek seperti Siti Nurhalizah yang terkenal santun itu.(*)

*************

Cubaan Wujud Persepsi Negatif Rakyat Satu Pengkhianatan, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 7 Julai (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata cubaan untuk mewujudkan persepsi kurang selesa dan tidak yakin dalam kalangan rakyat melalui internet dan SMS dengan mengetepikan prinsip Rukunegara sebagai satu perbuatan khianat.

Perdana Menteri berkata prinsip-prinsip Rukunegara seperti Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan Kesusilaan telah dinodai dalam cubaan itu yang dibuat melalui blog, YouTube, dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Cerita penyebaran fitnah dan pembohongan dari blog dan YouTube, semua ini tidak lahirkan keselesaan dan keyakinan pada rakyat,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini.

“Cakap-cakap kebenaran undang-undang tidak dihiraukan lagi. Kesopanan dalam kehidupan tidak diambil berat lagi. Kedaulatan Raja-raja jadi isu,” katanya.

Abdullah berkata bukan semua rakyat percaya dengan persepsi negatif yang cuba ditimbulkan itu tetapi semakin ramai yang seolah-olah terperangkap dalam situasi itu.

“Apa tindakan yang tunjukkan yang benar, tidak dihargai, (sebaliknya) yang dihargai ialah persepsi termasuk pembohongan yang berlaku.

“Persepsi ketepikan kebenaran. Apa yang benar tidak dikisahkan lagi. Yang penting persepsi,” katanya.

Abdullah berkata ia telah mempengaruhi sikap dan pilihan dalam membuat keputusan sesetengah pihak termasuk yang berhubung kait dengan pelaburan dan perniagaan.

Beliau berkata perkara itu mesti diperbetulkan tetapi malangnya ia menjadi perkara yang sangat diminati oleh rakyat sehingga menjadi buah mulut pula serta mereka memanjang-manjangkan pula cerita.

“Rakyat hendaklah diamankan daripada takut (berlaku) kurang makanan. Rakyat hendaklah diamankan daripada sebarang ketakutan terhadap keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Abdullah berkata negara baru selesai melalui proses demokrasi dan kerajaan telah diberi mandat untuk memimpin negara. Kerajaan, katanya, berharap dapat melaksanakan apa jua yang dihasratkan oleh rakyat.

Beliau berkata kerajaan telah dan akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan beban rakyat walaupun timbul keresahan ekoran kenaikan harga minyak. “Rakyat mesti yakin terhadap usaha-usaha kita,” katanya.

Perdana Menteri meminta pihak penguatkuasaan undang-undang terus bertegas dalam memelihara keamanan dan keselamatan di negara ini. “Hentikanlah laku apa yang tidak baik. Rakyat mesti tunjukkan tanggungjawab yang tinggi. Jayakan keamanan keutamaan kita,” katanya.

— BERNAMA

~ oleh iselantang pada Juli 7, 2008.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: